a

SELAMAT DATANG KE KEM THE WOODS

Terletak kira-kira 28 kilometer dari pusat bandar, The Woods Resort yang diurus oleh Yayasan Selangor. terletak di kawasan rekreasi terkenal Ulu Yam. Ia merupakan tempat yang amat sesuai untuk mereka yang ingin mencari kedamaian dan ketenteraman terutama bagi warga kota yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan kota yang tiada hentinya.

SELANGOR FRUIT FESTIVAL 2015

Selangor Fruit Festival telah diadakan di Kem The Woods dengan seramai 1,000 orang pelancong cina dari tanah besar cina untuk menikmati buah-buahan tempatan Malaysia. Buah-buahan telah di taja oleh FAMA. Selain daripada menikmati buah-buahan , para pelancong dapat melakukan aktiviti lain seperti mencanting batik, demostrasi memakai kain sarong dan bermain congkak. Festival ini berjalan selama 3 hari iaitu pada 7, 9 dan 10 Julai 2015.

GOTONG ROYONG "UNDERBRUSHING" CHALET

THE WOODS

Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan chalet dianjurkan secara gotong-royong bersama 20 orang ahli Persatuan Peminat Sukan Taktikal Kebangsaan yang diketuai oleh Presidenya Lailatun Khalilah Nasir dan wargakerja The Woods pada 7 Jun 2015. Turut serta adalah Naib Presiden persatuan Johari Awang dan YDP Persatuan Kebajikan & Kebudayaan Yayasan Selangor, Hj. Barudin Yusof.

MESYUARAT KETUA-KETUA BAHAGIAN JABATAN PENDIDIKAN & OPERASI (JPO) YAYASAN SELANGOR

Mesyuarat Ketua- Ketua Bahagian JPO dijalankan pada 4 Jun 2015 dan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan JPO Pn. Zahura. Mesyuarat dihadiri oleh semua 8 orang Ketua-Ketua Bahagian JPO.

LAWATAN KERJA PENGURUS BESAR

TOURISM SELANGOR KE THE WOODS

Seramai 8 orang wargakerja Tourism Selangor yang diketuai oleh Pengurus Besarnya, Pn. Noorul, telah membuat lawatan kerja ke The Woods bagi meninjau tapak kawasan jika sesuai untuk di jadikan sebagai salah satu destinasi pelancong sempena kempen Visit Selangor 2015. Delegasi Tourism Selangor itu disambut mesra oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor dan Pengurus Kanan Jabatan Pendidikan & Operasi Yayasan Selangor. Kesemua ahli rombongan di bawa melawat tapak perkhemahan, kawasan perkelahan dan meninjau kemudahan yang disediakan untuk pengunjung oleh Pengurus The Woods sendiri.

Bunyi air sungai sejernih kristal yang mengalir bagaikan satu terapi minda dan boleh di ibaratkan sebagai " suara kekasih ".

 

PERKHEMAHAN TAHUNAN PELAJAR PERUBATAN SEMESTER AKHIR UITM SELAYANG

Seramai 70 orang pelajar perubatan semester akhir Uitm Kampus Selayang memilih The Woods sebagai lokasi mereka bagi menganjurkan Perkhemahan tahunan pada 23 Mei 2015. Kesemua bakal doktor muda itu tinggal di dorm The Woods yang baru di naik taraf. Program motivasi dan ceramah di jalankan di Dewan Seminar yang baru dicat semula manakala aktiviti 'jungle trekking' menerokai hutan dara The Woods di jalankan pada pagi terakhir mereka disana. Kesemua mereka ingin kembali ke The Woods suatu hari nanti kerana rindukan lokasi yang mengamit memori.

FAMILY DAY S.K. BANDAR BARU KUALA SELANGOR

Hari Keluarga S.K. Bandar Baru Kuala Selangor dianjurkan oleh Kelab Guru SKBBKS pada 16 Mei 2015 yang kebetulan jatuh pada tarikh Hari Guru peringkat Kebangsaan. Seramai 110 orang guru termasuk Guru Besar dan ahli keluarga mereka hadir untuk menjayakan aktiviti sukaneka yang dikelolakan oleh pihak The Woods. Pengunjung seronok menikmati jamuan tengahhari menu ala kampung dan mandi manda di sungai yang airnya jernih dan sedingin salju.

SANTAI BERSAMA BIKERS

a
a

Seramai 200 orang ahli dan keluarga Jom Ride Bikers Club (JBRC) telah menganjurkan perjumpaan tahunan mereka di The Woods pada 26 April 2015. Majlis turut di hadiri oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor. Sebanyak 102 buah motosikal berkuasa tinggi 'terdampar' di The Woods sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat di taman rimba seluas hampir 68 ekar itu.

PELANCARAN THE WOODS RESORT

AA

14 Februari 2015, Majlis perasmian pembukaan semula Kem Woods Resort telah diadakan di perkarangan kawasan kem tersebut. Gimik pelancaran telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor En. Ismail Bin Hj. Idris. Dengan motto “Camp In The Woods” telah memberi gambaran yang jelas bahawa Yayasan Selangor akan menawarkan pakej perkhidmatan kepada pelanggan berbentuk aktiviti riadah sambil menikmati keindahan kehijauan flora dan fauna serta alunan aliran sungai yang begitu mendamaikan. Antara pakej aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di kem tersebut adalah seperti Perkhemahan, Berkelah, Merentasi Sungai, Survival, BBQ, Garden Wedding dan sebagainya.

PENAMBAHBAIKAN THE WOODS

BB

Proses pembaikan dan pemulihan semula fasa 1 kawasan The Woods Resort telah dijalankan menerusi penglibatan warga kerja Yayasan Selangor yang bekerjasama dan bertungkus lumus selama sebulan sebelum majlis pelancaran dilaksanakan. Pembaikaan dan pemulihan kawasan tersebut akan diteruskan secara berperingkat demi memberi kemudahan selesa kepada pelanggan disamping dapat menjalani aktiviti riadah yang ditawarkan

sukan tahunan aysk & ayssb

CC

Ulu Yam, 14 Februari 2015, Sukan Tahunan Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK) dan Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB) telah diadakan bertempat di Kem The Woods Yayasan Selangor. Acara tahunan tersebut merupakan salah satu program yang di atur bagi memeriahkan majlis pembukaan Kem The Woods Yayasan Selangor.  

Updates

Julai 2015

Selangor Fruit Festival telah di anjurkan di Kem the Woods pada 7,9 dan 10 Julai 2015.

Jun 2015

Gotong-royong bersama Persatuan Peminat Pasukan Taktikal Kebangsaan pada 7 Jun 2015.

Mei 2015

Hari Keluarga S.K. Bandar Baru Kuala Selangor dianjurkan oleh Kelab Guru SKBBKS pada 16 Mei 2015 yang kebetulan bada tarikh Hari Guru.

Uitm Kampus Selayang memilih The Woods sebagai lokasi mereka bagi menganjurkan Perkhemahan tahunan pada 23 Mei 2015.

April 2015

Jom Ride Bikers Club (JBRC) telah menganjurkan perjumpaan tahunan mereka di pada 26 hb April 2015.

Mac 2015

Kem The Woods dibuka kembali untuk beroperasi.

Februari 2015

Pelancaran pembukaan semula Kem the Woods pada 14hb Februari 2015.

Visit our webpage at :